Sunday, March 11, 2012

Apa Sebenar Qarin

Allah telah menetapkan sesuatu yang baru pada tempatnya di atas mukabumi ini. Adalah diketahui pada hukum qadak dan qadar Allah. jenama Qarin adalah neutral antara berani dengan takut yang ada pada sifat besi berani (magnet) yang dicipta Allah ke atas seketul logam yang mempunyai kuasa daya tarikan yang amat kuat, logam ini datang dari bumi, dimana Yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Allah mencipta makhlukNya yang berpusat di khatulistiwa (equator) dimana Makkah adalah Qarin bagi bumi dan kembarnya ialah Yathrib (nama lain kota Madinah). Bumi mempunyai kutuk utara dan selatan, siang dan malam, cerah dan gelap. diliputi dengan ion positif (+) dan negatif (-) yang tidak nampak dengan mata kasar, setiap tersurat ada tersirat rahsiaNya seperti yang terapat pada ayat satu (1) yang difirman dalam surah Al Jumu’ah: “segala yang ada di langit dan yang di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Mengetahui (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Jika ion positif dan negatif bertembung akan dapat dilihat cahaya Zat Allah seperti mana kita lihat kliat dan petir. Allah SWT Maha Bijaksana mencipta awan dari setitik air, yang mana tiada makluk atas muka bumi boleh mencipta akan awan-awan yang terapung di angkasawan dan dicurahNya sebagai hujan memberi rezeki kepada makluk yang memerlukannya.

Makluk yang berada di atas muka bumi berdiri tegak mempunyai kiri dan kanan, jantan atau betina, tidak akan jatuh kerana tarikan graviti (hukum akal) yang amat kuat. Allah mencipta nilai negatif (-) dan positif (+), kurang atau tambah nilai makhlukNya terhadapNya seperti mana terdapat kepada logam besi berani yang dengan keadahnya manusia mencipta berbagai-bagai alat keperluan harian mereka seperti cahaya lampu elektrik, kipas angin, komputer dan sebagainya. Manusia yang dicipta Allah mempunyai Qarinnya tersendiri yang bersifat lebih atau kurang dalam pengabdiannya terhadap Allah. Jikalau qarinnya lebih kuat maka ianya akan nampak zat Allah dengan lebih jelas melalui malaikatNya. Jikalau qarinnya berkurangan ia akan didamping jin yang bernama syaitan yang mana apa saja ianya dilakukan merupakan maksiat atau keburukan yang dilaknati Allah SWT. Pada umumnya qarin yang mendadakan syaitan ini kerjanya mendorongnya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang membuat ibadah dan kebaikan mentaati Allah SWT.

Qarin adalah jisim neutral berupa sifat roh yang dicipta oleh Allah dikedudukan antara kosong (-) atau ada (+) ion, hidup atau mati tidak nampak dengan mata kasar qarinnya, hanya Allah SWT dapat menilai dari amalannya, qarin berdamping dengan manusia yang cipta Allah SWT dari setitik air yang mempunyai unsur ion H20. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah telah di Islamkan terlebih dahulu oleh Allah SWT dengan dibelah dada Nabi semana baginda masih kecil dan dibersihkan hatinya. Dan semasa dalam rahim ibunya Aminah telah ditandakan dengan Katam Al Nubuwwah tanda kelahiran KenabianNya terletak di antara bahu di belakang Rasulullah SAW sebesar sebiji telor burung merpati. Manusia lainnya dirujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Rasulullah SAW menyempurna ibadat haji Qarin dalam Wadanya ketika berumur 63tahun sekali sahaja dan terakhir baginya, manakala manusia muslim biasa disyariatkan ibadat haji Ifrad, Tamattuk atau Qiran wajib jika mampu sekali seumur hidup.

Begitu juga Qarin telah mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia." Allah utuskan malaikat. untuk membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak manusia membuat kebaikan,contohnya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah dan untuk menghindar dari jin yang bernama syaitan seseorang muslim itu akan bermula dengan menbaca “A’uudzu Billahin Mimas Syaitaanin Rajiim” supaya jisim dan jasadnya berat ke qarin positif terhadap Allah.

Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."

Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim).

Tokngah lama benar dipengaruhi qarin negatif dalam penulisan dalam blog tokjantua ini, sehingga menjadi malas membaca dan menulis tempoh hari yang menjangkua setahun dalam kegelapan cahaya nur keikhlasan dalam ilmu Allah ini, yang mana yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari tokngah sendiri.

Wasalam.























Saturday, November 27, 2010

GERA-GERI HATI HAMBA ALLAH

Segala puji serta pujian saya tujukan kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang sentiasa memelihara hamba-hambaNya yang taqwa serta membalas mereka berbuat baik diatas muka bumi ini. Insya Allah, dengan izin ilham datang dengan kawalan minda menrencana gerak hati menulis “ingin makan nasi briani gam” dengan menguna ilmu yang ada “teringat dekat TEN Bangi simpang ke Putrajaya ada dijual nasi briani sedap” menguna akal cari jalan ke sana “guna kaki dan tangan pandu kereta sendiri tanpa teman sampai ke sana”. Ini semua kerja Allah, alham dulilah, “sampai, bismillah, makan tidak mengira harga, memang berselera” alham dulillah ini rezeki apa kita makan. Ini lintasan gerak hati lidah merasa selera kelazatannya walaupun belum makan, hanya bayangan mainan dalam fikiran hingga sampai ke tekak hati dan lidah.


Selawat dan Salam saya kirimkan kepada ambia sebaik-baik manusia, yang dibangkitkan bersama hidayat, Nabi Muhammad SAW. Bagitu juga kepada sahabat-sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah hingga ke hari kiamat. Luahan kasih sayang yang tidak sehingga perasaan cinta insan kepada kekasihnya walaupun tidak pernak bersua muka. Siang malam minda teringat dengan ilmu yang ada, gerak hati menanya adakah amalan siang malam ini diterima dan mendapat ganjarannya kelak. Tidak pernah terlintas di dalam hati untuk mengingatkan boleh berjumpa duduk berbicara, bercerita, bertanya khabar gembira, apatah lagi runungan cinta pandang pertama, ini cerita orang bercinta sesama makhluk, tidak kepada Allah yang tiada nampak, dengan ilmu Yakin, Ainul Yakin dan Haqqul Yakin taat, patuh perintah kepadaNya tetap ada. Manusia tidak akan mungkin dapat mengelakkan diri dari takdir yang tersurat dan tersirat. Oleh itu jangan kita sekali-kali putu asa dari tetap beristiqamah dalam menghambakan diri kepada Allah SWT. Ada kalanya manusia kerana nikmat ia jatuh binasa dan ada kalanya juga kerana bala maka ia mendapat kurnia yang sebesar-besarnya dari taufiq hidayat serta beriman terhadap Allah SWT.

Satu malam diawal pagi jam 3.15 pagi, tengok jarum jam anda apabila jarum saat 15 saat, semua bersatu, apa terjadi anda keseorangan, tiba-tiba elektrik rumah anda litar pintas, “overload” kerana anda sedang masak air guna cerek elektrik. Jauh dari kubuk hati anda menjangka boleh berlaku waktu dinihari, bagaimana gerak hati anda ketika itu keseorangan, apa patut dilakukan dalam kegelapan dengan tiada petunjuk cahaya untuk dituju. Apa terlintas di hati anda?. Ilmu mengatasi segala ingatan. Teringat ada simpan lampu suluh, tapi dimana atau tidak pernah ingat untuk simpan satu atau terus pergi kembali tidur dalam kegelapan hingga cerah pagi. Orang bijak selalu berwaspada berbekal ilmu untuk masa hadapan atau untuk akhirat selalu ingat mati, ini yang dijawab oleh Rasulallah Nabi Muhammad SAW ketika ditanya seorang berkenaan siapa orang paling bijak. Walau anda bijak tentu anda simpan lampu suluh dan gerak hati dan minda anda akan teringat dimana letaknya dan dalam kegelapan anda dapat berjalan menuju ke tempat simpanan lampu suluh, dan waktu anda tidak tertangguh untuk ke suis board untuk reset semula kedudukan asal. Waktu tidak tertinggal untuk solat tahajjud dan solat syukur, Allah mengerak hati anda dengan minda yang aktif dan beristiqamah.

Allah SWT mencipta dari satu, selepas itu berpasang-pasangan menyambung zuriat manusia dengan zatNya yang mana tiada makhluk atau malaikat dapat menciptaNya kecuali dengan kehendak Allah kepada sistem jasad makhluk yang mempunyai Ijabiah dan Salbiah yang lebih kecil dari jirim. Allah memcipta dalam jasad manusia begitu sempurna dengan sistem penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan, penghadaman dan penafasan yang sihat dari sebiji benih sehingga salah satu darinya sakit membawa maut. Sementara manusia mati, yang kekal hanya roh dan sedikit tulang belakang sebagai bukti untuk amalan yang akan dihisab pada hari akhirat kelak setelah dunia ini kiamat.

Minda yang berakal kekal mengawal keadaan, sementara kegiatan hati tidak begitu sedar. Hati berbicara dengan sebab, alasan tidak boleh memahami dengan otak yang berfikir. Contohnya hati ingin berkenalan dengan penuh perasaan tapi minda mengawal pergerakan hati dengan alasan. Manusia yang aktif berfikir, tidak akan lembap mindanya mengawal hati yang sentiasa bergerak denyutannya. Kadang-kala hati hamba mempunyai perasaan untuk medekatkan diri dengan Allah, tapi minda kurang ilmu untuk berfikir bagaimana untuk meletakkan dirinya beribadah mentaati Allah. Minda yang lembap tidak mempunyai perasaan terhadap hati yang bagaikan jadam.

Ilmu yang berguna ialah bermanfaat sinar cahayanya, dan membuka penutup hati. Dengan mengenal zat dan sifat serta nama Allah dan menjauhkan dari kesombongan diri akan medekatkan insan kepada Allah dengan nur yang diturunkanNya dalam hati-hati yang bersih. Sebaik-baik ilmu itu yang disertai oleh rasa takut kepada Allah. Ilmu diperolehi melalui pembacaan, wirid orang berilmu ialah metela’ah kitab atau buku supaya dapat mengarang selain daripada berawatib untuk dijadikan payung melindungi dari azab di akhirat kelak.

Hati sementara; Minda kekal; Hidup sementara Mati kekal; Roh kekal; Jasad sementara; Dunia sementara, Akhirat kekal.

Thursday, September 30, 2010

SAKINAH YANG DICINTAI ADA DISISI ANAK SOLEH

Sakinah nama kesenangan, ketenangan yang perlu dididik dan dipupuk pada setiap hati insan dan yang masih mencari-cari bertemu fitrah manusia setelah sebulan berpuasa wajib Ramadhan. Alhamdulilah bersyukur kepada Allah diketemukan bulan Syawaal yang bersih ini akan berakhir beberapa hari lagi dengan amalan puasa sunat mendidik manusia berjinak-jinak dengan puasa sunat.

Sakinah lahir pada puluhan tahun yang lalu sebelum awruah ibu meninggalkan anak yang soleh ini. Pada bulan Ramadhan tahun itu, Solat Tawarikh 20 rakaat dan Witir 3 Rakaat tidak terputus dengan berImamkan Hafiz qatam 30 juzuk Al Quran selama 29 malam dengan 10 malam terakhir berqiamullail (qiam-mendirikan; lail-malam), beristiqamah beriktikaf di masjid dan membaca sekurang-kurang 200 ayat Al Quran.. Dinihari jiwa insan ini tenang mendapat Sakinah yang Allah makbulkan pada doa anak-anak soleh-solehan. dengan tidak meninggal tahjud dan witir setiap hari, ditambah dengan solat sunat yang lain seperti solat tasbih setiap pagi Jumaat dengan wirid 100 kali Al Akhlas dan 33 kali Al Falaq dan An-Naas memohon taubat selepas tahjud dengan solat taubat. Beristimaqamah wahai hambaMU supaya kamu beroleh Sakinah yang dicinti seperti terdapat dalam Al Quran seperti Allah berfirman; “Dan siapa yang tidak diberi nur oleh Allah, maka ia tidak mempunyai nur dan Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki, dan memberi hadayat/petunjuk kepada siapa yang dikehendaki.” Taatilah kamu kepada Allah.

Sakinah yang Allah janjikan adalah ketenangan yang mendalam dalam berfikir dan kebersihan jiwa yang mendalam di hati sanubari insane ini.. Dengan cara berzikir sebanyak mungkin tanpa terbilang. Sakinah umpama pohon bidara yang berbunga menghasilkan buah yang membahagiakan pokok yang subur dengan baja zikirillah. Sakinah adalah bidadari dari Allah kepada hambaNya yang taat atas segala perintahNya. Tidah ada kerisauan untuk dimatikan atau kesusahan yang dihadapi menanti atau dugaan ujian Allah dengan musibah maksiat dikeliling berleluasa.

Bila hampir masuk waktu solat ke Masjid, berjemaah, membaca Al Quran, bila sampai masanya bersohor dan berbuka puasa, walaupun Allah bagi sakit, tidak merasakan sakit, bila Allah uji dengan susah, tidak merasakan susah, bila Allah bagi kesenangan, bersyukur bersama-sama Sakinah, bagaikan cuaca tenang, tiada berangin, diredupi dengan awanmendung yang tidak didatangi hujan, bagitulah tenangnya fikiran, sejuknya hari kepada yang memandang hati-hati orang yang memperolehi Sakinah.

Hanya Allah saja yang tahu bagi sesiapa yang berpuasa Isnin Khamis, tiada merasakan lapar dan dahaga setelah berpuasa wajib Ramadhan, disambung dengan enam hari selepas berhari raya 1 Syawaal. Bagaikan air sungai mengalir tanpa berhenti mencari arus ke hilir ketenangan tanpa mengira liku-liku hidup seharian dengan penuh moda dan dosa maksiat berkeliaran, hanya Sakinah yang dapat membantu pada fikiran yang kosot.. Inilah pemberian Allah kepada hambaNya yang tidak menghitung penat dan leleh mencari Sakinah sebelum ini dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar Lallatul Qadr, tapi hanya mereka ini yang dapat mentaksir Al Quran dengan mendalam dan berfikiran tenang sepenuh hati dapat berjumpa Sakinah yang terdapat dalam Al Quran yang Allah turun dari langit kepada hati-hati yang benar-benar percaya atau yakin dengan pemberian Allah.

Anak yang soleh-solehan selalu mendoakan ibu bapanya yang mati atau yang masih hidup kesejahteraan, banyak bersedekah, membantu kepada yang memerlukan, taat kepada perintah Allah, meninggal yang haram dan mungkar, berbuat baik kepada yang yang makruf, selalu berwaspada, tidak bersubahat, dan bersangka baik sesama manusia..

Tuesday, August 31, 2010

COUNTDOWN LAILATUL QADAR RAMADHAN 1431H

Taqdir ketentuan “Lailatul Qadar” adalah bergantung kepada yang diketahui iaitu Allah SWT dan yang diketahui itu tidak bergantung pada ilmu pengetahuan tentang kesejahteraan malam yang berkat dengan pengisiannya amalan atau muhasabah serta beristiqamah seseorang insan itu sendiri, seperti yang ditunjuk oleh para ambiya, para solihin dan muqarrabin yang tidak lekang dengan amalan ibadat di waktu malam beriktikaf di masjid. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkanya walaupun sakit, baginda sembahyang dalam keadaan duduk. Sejarah Islam telah membuktikan kebanyakan peristiwa penting berlaku pada waktu malam seperti wahyu Al Quran malam Al-Qadr, Israk Mikraj dan hijrah Rasulullah SAW dan Abu Bakar ke Madinah. Muhasabah diri adalah amalan mulia seperti berazam sungguh-sungguh untuk tidak mahu meninggal solat malam adalah perisai bagi golongan solihin yang mengamal kebenaran.

Taqdir adalah ukuran dalam ilmu. Setiap sesuatu itu diukur dan ditimbang dalam ilmu yang diketahui. Yang diketahui adalah pemerintah. Qadha ialah perintah zahir dan qadar ialah keperluan batin yang ada dalam pencinta. Pencinta itu dalam tangan yang dicintai. Ilmu ialah hanya mengetahui ukuran asal seperti ia berada dalam Zat Allah. Iradat adalah dalam Allah dan manusia tidak ada iradat (kehendak)Nya sendiri. Kuasa bergantung pada Wujud. Allah menjadi manusia dengan IradatNya. Islam datang untuk meletak fitrah manusia dilandasan yang betul, iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT.

Bagaimana hendak mengetahui Allah terdapat dalam Al Quran yang diwahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk umatnya merujuk bagi tujuan hidup yang sempurna dan sejahtera di atas mukabumi ini sebelum diangkat roh dan dikembali jasad (tubuh) ke tanahbumi asal kejadian manusia. Mungkin ahli fisiologi dengan ilmunya dapat mengetahii tujuan tanah, air api dan angin dicipta Allah di atas mukabumi ini tetapi nyawa (roh), sesuatu yang maya dan ghaib yang tidak nampak dengan mata kasar tanpa Allah diberi akal untuk memikir kesempurnaanNya.

Sebagai orang Islam kita sembahyang dimana jasad kita bergerak tetapi roh kita bercakap berhubung terus dengan Allas SWT. Kalau roh kita kuat, darah daging, tulang empat kerat menjadi kuat, kita hanya mengira berapa hitung rakaat yang kita solat, tetapi Allah SWT mewahyu kepada Nabi Muhammad SAW fardu sembahyang yang paling minima untuk mengabdi kepada tuhanNya iaitu Allah SWT. Zat yang layak untuk disembah.

Tujuan hidup tidak disebut oleh mana Ahli Fikir. Untuk mengetahuinya Allah SWT melantik KalifahNya dikalangan manusia, nabi-nabi dan rasul-rasul di zaman dahulu dalam tempoh yang sesuai pada masa kejadian manusia ketika itu. Dari kalangan para ambiya ini, Nabi Muhammad SAW dilahirkan dengan dididik jasmani yang sempurna oleh Allah untuk memandu umatnya di akhir zaman tujuan hidup di dunia ini melalui kitabNya Al Quran dimana didalamnya ada disebut kitab-kitab lain seperti Taurat, Injil dan Zabur.

Hudan Linnas” adalah sifat Al Quran. Oleh kerana kehidupan harian manusia yang bergelar Muslim berpandu kepada Al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan, yang membawa petunjuk, perintah taat, dan perbezaan antara hak dan batin, halal dan haram seperti dijelaskan Allah SWT dalam Al Quran. Jadi setiap orang beriman yang berpegang kepada Islam kena menghormati bulan Ramadhan dengan berpuasa seperti yang diamalkan oleh orang terdahulu, supaya dijadikan orang bertaqwa selain dari ibadat lain yang diwahyu kepada Nabi Muhammad SAW seperti ternyata dalam surah Al Baqarah ayat 183 serta beriman sepenuhnya dengan Al Quran ia-itu mempelajari, membaca, memaham, mentaksir, mengamal dan mengajar kepada orang Islam yang lain.

Setiap amalan ibadat dalam Islam perlu didahului dengan niat yang ikhlas, semata-mata kerana Allah SWT yang memerintahkan melakukan semua ibadat. Pemahaman ini mesti jelas kepada semua. Disini baru timbul roh dalam diri manusia yang meragama Islam, berjihad kerana Allah SWT, bermula dengan berpuasa, berperang, bersolat, berniaga, berumahtangga dan bersosial atau berpolitik.

Sebenarnya Islam adalah cara hidup “The way of Life” cukup mudah, simple, jujur dan ikhlas berdasarkan atas iman dan taqwa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu melalui Al Quran dan hadis dari Allah SWT. Tujuan agama Islam memperbaiki kepercayaan kepada zat Allah Yang Maha Esa; memperkukuh keyakinan terhadap Pencipta alam ini; menghapus lain-lain kepercayaan atau persembahyangan melainkan memberi petunjuk untuk mengabdi diri kepada Allah dengan mengatur rukun Islam seperti bersyahadat, cara beribadat solat, puasa bulan Ramadhan, menunaikan zakat harta dan zakat badan apabila cukup berpuasa Ramadhan dan setelah jelmanya fajar Syawaal dan jika diizinkan Allah dengan kemampuan mengerjakan Haji ke Baitullahil-haram di Mekah.

Iman ertinya kepercayaan dengan penuh keyakinan terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW ialah Nabi Muhammad, serta apa yang dibawanya dari Allah SWT, serta mempercayai Malaikat dan Kitab yang dibawa oleh nabi serti Zabur, Taurat, Injil dan akhirNya untuk umat Nabi Muhammad ialah Al Quran. Kerpercayaan kepada rasul-rasul yang terdahulu, Qadak dan Qadar dan akhir sekali percaya akan berlaku hari Kiamat dimana manusia akan dibangkitkan menghadap Allah dimana Al Quran dan para nabi akan menjadi saksi terhadap menganutnya, dan percaya adanya Syurga dan Neraka sebagai pembalasan jasa di atas mukabumi ini adalah petanda orang beriman dengan agama Islam.

Taqwa adalah lebih tinggi makamnya dari iman kerana seseorang yang beriman tidak semesti bertaqwa tetapi orang yang bertaqwa mesti beriman, seseungguhnya orang yang paling taqwa kepada Allah ialah orang yang benar-benar taat kepada perintah Allah, hak tetap hak dan yang batin tetap batin dan yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal, tidak boleh berkompromi baginya. Orang bertaqwa sudah tentu memancarkan kebaikannya dalam menginfak segala kehidupan dan hartabenda ke jalan Allah tanpa sempadan dengan penuh kesabaran dalam taat perintah Allah SWT.

Ramadhan adalah bulan perjuangan, tarbiyah, pengorbanan bagi meraih rahmat Allah pada pemulaannya, keampunan dipertengahan dan pelepasan daripada api neraka di peghujungnya. Qiyamullail adalah “Countdown” Ramadhan bagi orang bertaqwa yang sangat disukai Allah SWT dalam mencari Al Qadr pada setiap saat pada salah satu malam kemuliaan dan kebesaran dari bulan Ramadhan 1431H ini terutama pada 10 malam yang akhir dengan melaku ibadat puasa disiang hari dan bertakbir, bertahlil, bertasbih dan bertahmid dimalam hari menuji Allah SWT memanjat doa untuk mendapat pengampunan segala dosa yang dillakukan dan dilepas dari azab api neraka. Seterusnya beristiqamah melakukan solat wajib dan menambah yang solat-solat sunat, mengeluar zakat dan bersedekah kepada yang memerlukan pada bulan-bulan yang lain, serta menunai Umrah dan Haji di Mekah jika diberi memanpuan beribadat denganNya. Bukan semua orang boleh dapat Al Qadr yang dicari pada malam tertentu sepanjang Ramadhan melainkan bagi mereka yang benar-benar ikhlas beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Sebagai tanda kesukuran di atas nikmat rezeki pemberian Allah SWT kepada hambaNya yang beriman dan kanak-kanak yang dilatih oleh ibubapa dengan penuh kesabaran melawan hawa nafsu dalam bulan Ramadhan, Allah kurniakan Hari Raya Fitrah atau Idul Fitri ia-itu hari kebesaran bagi orang yang beriman menjadi tetamu Allah SWT menjamu selera dan dilarang berpuasa, disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, dengan mengambil iktibar dan kejayaan dan kemengangan tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW dalam peperangan Al Ahzab menentang tentera bersekutu kafir yang ingin menghancur umat Islam yang berlaku pada bulan Syawaal tahun ke 5 Hijrah. Dengan melakukan sembahyang Hari Raya Firtah pagi 1 Syawaal bagi umat Islam seluruh dunia pada setiap saat mengangungkan Allah SWT dengan serentak meluangkan kalimah takbir, tahlil, tasbih dan tahmid sebagai tanda pengakuan yang diucapkan dengan lisan, menembusi ke dalam hati dan Insya Allah akan memberi kesan membentuk jiwa yang sentiasa taat, patuh dan tunduk sujud kepada Allah SWT.

Kanak-kanaklah yang paling gembira yang dijanjikan oleh ibubapa mereka sebelum Ramadhan dengan berbagai ganjaran untuk melatih anak Umat Islam berpuasa wajib setelah berakhirnya Ramadhan . Ada dua tahap kegembiraan yang diperolehi oleh orang beriman hasil dari puasanya, pertama ketika berbuka puasa dan kedua; ketika bertemu mengadap Allah pada hari Kiamat seperti yang disabda oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Disamping merasakan betapa besarnya nikmat Iman dan Taqwa dalam beragama, Islam kurniaan Allah SWT dengan harapan hidup dan mati dalam beriman dan Islam sahaja yang diredhai Allah sebagaimana firman dlam surah Ali Imran ayat 102 berbunyi: “Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”.

Sunday, August 15, 2010

Cinta Hamba Pada Malam Lailatul-Qadar


Manusia bukan semuanya sempurna, ada kelemahan yang kita sendiri tidak nampak dalam kehidupan, bagitu juga rambut pun bukan semuanya hitam, ada yang sudah putih dan ada yang keperang-perangan, bagitu juga hati dan lidah kita tidak semuanya sama dalam perhitungan seharian. Jikalau kita rujuk surah Al Baqarah ayat 204, Allah SWT berfirman: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dipersaksikannya kepada Allah dan apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepadamu).” Tetapi keadaannya yang sebenar adalah sebaliknya, malah lebih buruk lagi. Itulah dia sifat orang munafik: pepat di luar, rencong di dalam.

Bukan semua orang suka kepada seseorang dan bukan seseorang suka kepada semua orang tapi itulah tabiat atau perangai manusia semenangnya tidak suka melihat orang lain mendapat kebaikan atau orang lain itu berbeza keadaan daripadanya. Ada empat golongan manusia disekeliling kita yang pertama kita perlu jauhilah orang yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; kedua ajarilah orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu; ketiga dekati dengan orang yang tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tahu; dan akhir sekali adalah orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu, inilah orang-orang yang bijaksana. Allah suka kepada hamba-hambaNya yang beramal soleh dan bijak menguna masa bermunajat meninta pertolongan mencari kebaikan melaku kebajikan di dunia ini.

Sifat utama Rasulullah SAW ialah “Mutawashilul-ahzan, daa’imul fikr” bermaksud Rasulullah SAW selalu merasa berdukacita dan selalu berfikir. Hakikat berdukacita adalah terhalang rahsia dengan sebab perlakuan kesalahan, sedangkan sesal pula adalah sedih atas apa yang berlaku dengan harapan supaya ianya tidak berlaku lagi. Kesalahan adalah kesesalan, tetapi lebih malang apabila kesalahan itu berulang lagi. Rasulullah SAW pernah bersabda,: “Sesungguhnya Allah suka pada tiap hati yang selalu berdukacita.” Ini bermaksud jika seseorang yang menyesal atau tersesat, dapat menempuh jalan menuju kepada Allah dalam tempoh terdekat walaupun terbuntu penyesalannya dalam tempoh yang agak lama, tetapi hikmah dan hidayah Allah, ia dapat berfikir melakukan kebaikan yang kena pada tempat dan waktunya.

Setelah seminggu beribadat dalam semua ibadah Ramadhan dengan penuh displin, dipertengahan puasa ini perbanyakkan amalan kita terutama membaca Al Quran dan solat-solat sunat serta berjinak-jinak dengan qiamullail (qiam-mendirikan; lail-malam) munajat kepada Allah diperkenan bertemu denganNya kerana ciinta hamba pada Lailatul Qadr bersandar kepada doa ini:-

اَللَّهُم آجْعَلْنَا مِنَ آلْمُوَفَّقِيْنَ بِلَيْلَةِ آلْقَدْرِ.
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang diberi taufiq untuk mendapat Lailatul Qadr.

Alham dulillah, insya-Allah moga-moga kita dapat menempuhnya iaitu malam Lailatul-Qadar bermunajat kepada Allah memohon diampun segala dosa yang lalu dan ibadat kita diterima dengan ganjaran pahalanya seperti seribu bulan amalan dan doa kita dimakbul Allah SWT. Memandangkan kita mula berpuasa pada hari Rabu, Nuzul Al Quran jatuh pada malam Jumaat dan 1 Syaawal jatuh pada hari Jumaat, hari dimana Adam dicipta, berkemunkinan malam Lailatul Qadar berada pada malam Isnin, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Dengan membaca Al Quran setiap hari, kita terus berhubung dengan Allah, dan Allah akan memberi petunjuk rahmatnya dan ketenangan kepada hambaNya yang sentiasa mengagong-agong Al Quran ciptaanNya.

Surah Al Imran ayat 103 berfirman:”Dan berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah-pisah.” Ayat ini bermaksud supaya sekelian orang yang beriman berpegang teguh dengan tali Allah, tali yang dilarang diputuskan oleh perasaan benci-membenci, pandang-memandang, kerana berlainan kedudukan dan aliran fahaman, yang mana menyebabkan pupusnya perasaan cinta di antara sesama sendiri.

Rasulullah SAW ada menerangkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim berhubung iman seorang dengan cinta, iaitu cinta atau kasih sayang terhadap suadaranya sama seperti cintanya kepada dirinya sendiri. Cinta ini dihubungi dengan iman, sehingga kurang iman kerana kurang cintanya. Dan cinta yang dimaksudkan ialah yang didasarkan kepada agama, bukan kepada peri kemanusian semata-mata.

Sebaik-baik yang harus kita sebagai hamba memohon kepada Allah supaya ditetapkan iman, patuh taat semua perintah dan larangan, beristiqamah dalam pengabdian diri cinta sejati hanya kepada Allah dengan selalu beristighfar banyak-banyak dengan menyebut: أَسْتَغْفِرُ اللَّه الْعَظِيْمِ dan bersyuhada tentang kebenaran Allah dalam KeIslaman kita dengan banyak berzikir menyebut:”لاَإلَهَ إِلاَّ اللُّه “ munajat setiap selepas bersolat dalam bulan Ramadhan ini dengan berdoa ini:-

اَللَّهُمَّ إِنِّى أسْألُكَ رضَاكَ وَالْجَنَّةَ وأعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَاْلنَّار. اَللَّهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْر وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Ya Allah aku mohon kepadaMu, redhaMu, dan syurga, dan aku berlindung kepadaMu dari murkaMu dan api neraka. Ya Allah aku mohon berlindung denganMu daripada fitnah kubur, juga fitnah hidup dan mati.

Jangan kita terpedaya atau tertipu oleh mainan syaitan dengan meninggal suatu amal kebaikan dan tidak sempat segara melakukannya walaupun dalam bulan Ramadhan ini syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutut. Semoga dibuka pintu nikmat, rahmat dan kemuliaan. Dengan harapan Allah terima amalan kita dan dijauhi fitnah dalam perjalanan kehidupan kita semalam, harini dan esok di atas mukabumi ini.

Wallahu A’lam

Sunday, August 1, 2010

SYARIAT SINAR RAMADHAN

Puasa adalah satu cara tertua bagi menyumbuh dan menyuci badan dari penyakit yang dihidapi oleh seseorang ketika itu., Puasa telah difardukan kepada orang yang terdahulu bagi agama Islam. Puasa juga baik bagi orang-orang sakit dengan mengurangkan makan bagi menjaga kesihatan supaya ianya tidak mudarat seperti dengan hanya cara meminum jus sahaja dikira berpuasa bagi menolong mengembalikan tenaga, mahu juga menyegar badan yang tidak bermaya.. Dalam bidang perubatan moden terutamanya bagi menjalan sesuatu penbedahan diwajib berpuasa sekurang-kurangnya lapan jam sebelum pembedahan dilakukan. Berpuasa boleh menolong belajar mengawal kelaparan dan dahaga dan ianya dapat mengawal paras gula dalam darah dan dapat membantu menyuci toksin dari anggota badan kita. Puasa menolong badan secara jasmani dan rohani dan mengawal fikiran dengan ingatan untuk melaku perkara yang baik-baik terutama berkaitan agama dan dilarang melaku syahwat faraj disiang hari.

Sesungguhnya berpuasa adalah amalan terus kepada Allah kerana tiada siapa yang tahu manusia itu berpuasa kecuali Allah. Surah Al Baqarah ayat 183 Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Untuk menjadi orang yang bertaqwa mesti beriman; Untuk menjadi orang beriman mesti beralam soleh: Untuk menjadi orang yang beralam mesti orang yang berilmu pengetahuan; Untuk menjadi orang yang berilmu mesti tahu dan mahu mempelajar dan melatih diri dengan amalan yang baik-baik disisi Allah SWT iaitulah berpuasa dengan seikhlas ibadah kepadaNya dari semua ruang pancaindra.

Modal bagi orang berpuasa adalah sihat dari segi kesihatan; beriman dan bertaqwa dengan Allah; berilmu dengan belajar mendidik diri yang bermula dengan Madrasah Ramadhan dari segi Akhidah; dari segi Akhlak; dari segi Solat dan dari segi Ilmu yang terdapat dalam Ramadhan kerana puasa itu dihijab terus dengan Allah. Ikhlas kerana Allah, Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya, pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya, Syaitan digari, Doa dimakbulkan terutama pada malam Lailatul-Qadar. Nabi Muhammad SAW mengajar Siti Aisyah dengan Doa ini pendek ini sepanjang malam tersebut; “YA ALLAH, KAMULAH MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PEMURAH, MAKA KAMU MENYUKAI KEAMPUNAN; MAKA AMPUN KESALAHANKU’ Bacalah Doa ini berulang-ulang kali untuk memohon keampunan dan kemaafan kepada Allah di malam Ramadhan yang penuh Barakah ini.


Bulan suci ialah Muharram, Rejab, Zulkeadah, dan Zulhijjah. Bagi mereka yang mengerjakan hari tamattu’, diwajibkan membayar had-ya atau dikehendaki menganti dengan berpuasa tiga hari selama mengerjakan haji pada tahun itu dan tujuh hari setelah kembali pulang ke tanahair bagi mencukupi sepuluh hari. Haji tamattu’ adalah seseorang yang memasuki Tanah Suci Mekah dengan niat ihram untuk mengerjakan Umrah, dan setelah selesai, ia kembali memakai pakaian biasa sampai datang waktu mengerja Haji, baru dia memakai pakaian ihram dengan nait menyempurnakan rukun Ibadat Haji.

Puasa Ramadhan setahun sekali diwajib keatas umat Nabi Muhammad.SAW seperti tersurat dalam surah Al Baqarah ayat 185. Puasa Fissabilillah yang diamalkan orang-orang soleh-solehan pada 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah, ia juga dimanakan Puasa Pemutehan dan Puasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu biasa diamalkan oleh orang beriman untuk menjaga nasfu duniawi seperti yang tersebut dalam ayat 183 surah Al-Baqarah berbunyi, ”Hai orang-orang yang beriman! diwajibkan kepada kamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajubkan kepada orang-orang yang tedahulu dari kamu", supaya kamu terpelihara(dari kejahatan). Ada juga setengah orang yang mengamal puasa tiga bulan berturut-turut iaitu pada dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, disambung dengan enam hari dalam bulan Syawal. Haram bagi orang Islam berpuasa pada Hari Raya Idul Fithri (1 Syawal), Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan tiga hari susudah Hari Raya Haji (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan sunat bersahur walaupun seteguk air kerana mengikut amalan sunnah yang dilakukan Rasulullah SAW. Semoga Allah SWT berkenan dan makbul doa sesudah bersahur. Adalah Wajib diqadha puasa bagi mereka yang sakit atau wanita yang kedatang haid ataupun nifas sebanyak hari dalam bulan Ramadhan sebelum tibanya Ramadhan tahun berikutnya, kalau tidak wajib diganti dengan menbayar fidyah.kepada orang miskin. Bagi orang beramal soleh biasanya berwirit/zikir dan bertahlil sebelum sampai waktu berbuka puasa (20minit countdown) dilakukan di masjid atau surau secara berjemaah.

Usahakanlah untuk meninggalkan syahwat dengan banyak berpuasa, kerana Allah SWT hanya memberikan syahwat untuk hambaNya yang lemah. Hal ini telah diwahyu kepada Nabi Daud as:“Hai Daud berpeganglah pada ajaranKu, dan tahanlah nafsumu untuk kesenangan dirimu, jangan sampai engkau tertipu daripadanya, nescaya engkau terhijab dari cintaKu, putuskan syahwatmu kerana Aku”.

Nabi Rasulallah SAW pernah menyatakan kepada Usamah bin Zaid yang baginda tidak suka diangkat amalannya, melainkan baginda dalam keadaan berpuasa terutamanya dalam bulan Syaaban, bulan antara bulan Rejab dan Ramadhan yang biasanya manusia lalai mengenalnya kerana pada bulan Syaaban, Allah mengangkat amalan hambanya. sebab itu Nabi Muhammad SAW banyak berpuasa dalam bulan Syaaban daripada bulan-bulan lain.

Nabi Rasulullah SAW biasanya mulai malam 21 Ramadhan Baginda membanyakkan beritikaf dalam masjid beribadat sepanjang malam kerana mengharapkan amalannya bertepatan dengan Malam Lailatul-Qadar yang berkat ini boleh berlaku pada salah satu malam dari sepuluh atau sembilan malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Riwayat Bukhari dan Muslian dari ‘Aisyah: “Rasulullah SAW melakukan I’tikaf sesudah tanggal dua puluh Ramadhan sehingga beliau meninggal dunia.” Untuk menentu malam Qadar itu, timbul beberapa pendapat dari para ulama. Yang lebih kuat di antara pendapat-pendapat, malam yang ganjil sesudah tanggal dua puluh dalam bulan Ramadhan (malam 21, 23, 25, 27, 29) dan yang lebih sangat diharap pada malam 27 Ramadhan. Dari Ibnu “Umar, Rasulullah S.A.W telah berkata: “Barang siapa yang ingin mengintai malam Qadar, hendaklah diintai pada malam dua puluh tujuh.” Riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih.

Peristiwa penting yang berlaku dalam 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah semasa zaman Nabi Muhammad Rasulullah SAW ialah Perang Badar atau dinama juga dengan Perang “Al Furqan” seperti tersebut dalam ayat 41 surah Al Anfal Ini bagi menentukan kewujudan umat Islam kerana peperangan tersebut merupakan pertembungan antara iman dan kufur.dan kelangsungan dakwah Islamiah menyuntikan semangat jihad dan jatidiri yang meletak syahid sebagai cita-cita yang tinggi ketika berpuasa di siang hari dan beramal ibadah di malam hari semata-mata ikhlas kerana Allah SWT. Lain-lain peristiwa yang berlaku terdahulu kepada Nabi-nabi ialah Nabi Daud menerima Kitab Zabur pada hari ke 12 atau 18 Ramadhan; Nabi Musa menerima Kitab Taurat pada hari ke 6 Ramadhan; Nabi Isa menerima Kitab Injil pada hari 12 atau 13 Ramadhan; Nabi Ibrahima menerima Suhufnya pada hari pertama atau ke 3 Ramadhan dan Nabi Muhammad SAW menerima Al Quran pada hari ke 17 Ramadhan.


Seseorang rasul itu menpunyai mujizatnya tersendiri, Nabi Musa dengan tongkatnya, Nabi Nuh dengan kapalnya, Nabi Isa menghidup orang sudah mati dan penghulu segala nabi, Nabi Muhammad SAW diturun kepadanya Al Quran penyelamat umatnya sehingga hari kiamat. Allah Ta'ala mulai menurunkan Al Quran pada malam "Lailatul-Qadar" yang mulia ini "Al-Qadr" (kemuliaan dan Kebesaran), kemudian diturun sedikit demi sedikit selama dua puluh tiga tahun; (13tahun di antaranya di Mekah. dan 10 tahun lagi di Madinah). Firman Allah S.W.T dalam surah Al Qadr ayat 1 – 3 : ”Sesungguhnya telah Kami turunkan Al-Quran itu ada malam Qadar. Tahukah engkau (Muhammad) apakah malam Qadar itu?. Malam Qadar itu lebih baik (lebih besar pahala beramal ibadat padanya) daripada seribu bulan.”

Allah sebut sekali sahaja syariat perkataan Ramadhan dalam Al-Quran seperti terdapat dalam ayat 185 surah Al Baqarah yang berbunyi “Dalam bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran, pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran itu, dan yang memperbezakan antara kebenaran itu, dan yang memperbezakan kebenaran dan kesalahan. Siapa yang menyaksikan bulan Ramadhan, hendaklah berpuasa, dan siapa yang sakit atau dalam perjalanan , maka puasakanlah itu pada hari yang lain, Allah mahu memberikan kelapangan kepada kamu dan tidak hendak memberikan kesulitan dan supaya kamu dapat mencukupkan bilangan bulan itu; dan membesarkan Allah, kerana pimpinan yang telah diverikanNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”

Sinaran Ramadhan tidak boleh dipertikaikan lagi bagi Muslim-Muslimat di Malaysia terutama orang Melayu, menyambutnya dengan berbagai amalan bidaah (tokok-tambah) seperti dengan menyediakan jamuan untuk berbuka puasa dengan pelbagai anika ragam kueh-mueh, lauk-pauk dan minuman terutama bagi mereka yang berduit. Amalan bersedahana adalah dituntut kerana puasa adalah pokok bagi agama Islam, selain dari fardu solat, zakat dan haji. Oleh kerana Al-Quran petunjuk kepada yang benar lagi makruh telah diturun pada bulan Ramadhan, umat Nabi Muhammad diajar banyak beriktikaf dan beramal dalam Masjid terutama waktu malam hari dalam bulan Ramadhan terutama pada sepuluh hari terakhir bagi mendapat manfaat fadilat keistimewaan yang pernah Nabi Mukammad SAW. memperolehinya kerana syariat Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk memimpin umatnya yang kemudian diajar oleh para sahabat nabi seperti solat tarawih yang tiada pada bulan-bulan lain. Dengan bersolat tarawih, sekurang-kurangnya umat Islam dapat menperbanyakan bacaan surah-surah lazim sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini dan seterusnya diamalkan membaca surah-surah ini pada solat lima waktu selain dari bulan Ramadhan.

Amalan yang paling terbaik pada bulan Ramadhan adalah memperbanyak baca surah-surah Al Quran dimulai dengan Al-Fatihah (pokok atau ibu Al-Quran) dan berkhatam dengan surah Al-Falaq dan An-Naas untuk memdapat perlindungan pada hari akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W: ”Bacalah olehmu Al-Quran kerana pada hari akhirat ia akan memberi syafaat kepada pengamalnya” (hadis Riwayat Muslim) selain melakukan solat sunat yang amat digalakkan seperti berqiamullail (qiam-mendirikan; lail-malam) ia-itu menghidupkan sepertiga malam dengan mendekat diri kepada Allah SWT. Bermula dengan solat tahajud, solat taubat, solat tasbih, solat istikharah dan solat hajat adalah dituntut kepada orang yang beriman selain berdoa, berzikir dan beristighfar untuk memohon keampunan dapipada Allah SWT. Jangan kita berat melakukannya atau memandang remeh kerana Allah SWT berfirman dalam surah Al-Israa’, ayat 79 bermaksud: “Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkan kamu pada hari akhirat ditempat yang terpuji.” Walaupun perintah ini khusus untuk Nabi Muhammd SAW, kita digalakkan mencontohi Nabi kesayangan Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda:”Ramadhan itu diawalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan diakhirnya bebas dari api neraka”. Ramadhan sebagi bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat dari Allah SWT. adalah perlu diambil manfaat sepenuhnya kerana hikmah atau rahsia berpuasa itu sendiri memberi pendidikan kepercayaan seseorang yang telah sanggup menahan makan dan minum dari harta yang halal kepunyaannya kerana ingat dan taat kepada Allah, sudah tentu ia tidak akan meninggal segala perintah Allah dan tidak berani melangar segala laranganNya dan akan timbul keinsafan perasaan belas kasihan dan suka menolong fakir miskin dan tanda syukur isyarat berterima kasih kepada Allah kerana semua ibadah mengangungi erti terima kasih kepada Allah atas nikmat pemberianNya yang tidak terbatas banyaknya dan tidak ternilai harganya, seperti firman Allah SWT dalam ayat 34 surah Ibrahim:”Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa yang kamu hajati. Dan jika kamu akan menghitung nikmat (pemberian) Allah kepada kamu, nescaya tidak sanggup kamu menghitungnya.”


Wallahu A’lam.

Tuesday, July 13, 2010

Berkenalan Dengan Awan Di Langit


Allah mencipta Bumi yang merupakan planet ketiga daripada matahari. Setiap detik pantas berlalu tanpa menunggu sesaat pun. Setiap 60saat dijadikan 1 minit, setiap 60minit dikira 1 jam, sehari di bumi, bersamaan 24jam dan setahun di bumi bersamman 365.25 hari. Permukaan bumi diseliputi 70.8% dengan air dan 29.2% dengan tanah. Matahari memanas permukaan air, menyebabkan berlakunya proses pengewapan di atmosfera. Setiap hari matahari akan mengewap air dari permukaan bumi dengan perhitungan Allah hanya menyerap 1% wap air ke atmosfera. Sedetik dalam sesaad, sejam dalam sehari, sehari dalam sebulan dan setiap hari dalam setahun kita lihat langit sentiasa berubah, tiada ada awan yang sama yang kita lihat semalam, hari ini dan esok. Itulah kejadian yang Allah ciptakan untuk kita berteduh dibawah langit yang berbeza awanNya.

Allah mencipta gumpalan wap air yang terapung di atmosfera yang dinamakan AWAN. Apabila proses wap air ini meluap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi berat dan perlahan-lahan dengan tarikan graviti bumi, dasar awan itu akan menjadi rendah, hinggakan terlalu berat kandungannya, terjadilah hujan yang manusia menikmati air ciptaan Allah. Manusia tidak boleh mencipta setitik air mahupun segumpal awan, walupun manusia hanya mampu melihat proses pengewapan wap air ke udara dari pancaran matahari seperti contoh kepanasan air yang dimasak di dalam cerek .

Atmosfera tidak selalunya cerah yang kita dapat lihat seperti kebiruan langit (blue sky), terutamanya apabila tiada awan terbentuk pada ketika itu. Sebenarnya awan sentiasa berada dalam proses evolusi di dalam atmosfera dan wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk. Ketika wap air di dalam atmosfera bertukar keadaannya kepada cecair dan pepejal, titisan-titisan air dan zarah-zarah ais terbentuk. Contohnya bagaikan air menidih dalam kepanasan dari cerek yang meluap-luap akan keluar wap air merupakan bentuk-bentuk awan berterbangan di udara.

Kadangkala kita nampak awan putih yang tinggi di langit dan kadangkala awan kelabu yang rendah. Cuaca bergantung kepada jenis awan yang terbentuk dilangit. Atas sebab ini pakar-pakar kajicuaca sangat mengambil berat terhadap kajian tentang struktur dan pembentukan awan-awan di atmosfera.

Awan sering terdapat di kedudukan berperingkat-ringkat di langit, iaitu dinamakan awan tinggi bagi Sirrus, Sirrokumulus dan Sirrostratus yang tapaknya berada di paras altitud 6-18km. Awan Altostrtus, Altokumulus dan Nimbostratus untuk peringkat awan pertengahan berada diparas altitud 5-13km dan awan Kumulus, Kumulonimbus, Stratokumulus dan Stratus untuk peringkat awan rendah yang boleh berada di paras mukabumi hingga ke altitud 2km di kawasan tropika.

Awan Sirrus (Ci).
Awan-awan yang bercantum dalam bentuk filamen-filamen putih atau lintasan-lintasan putih atau jalur-jalur sempit. Awan-awan ini kelihatan berserabut (fibrous) atau berkilat seperti sutera atau kedua-duanya sekali Awan ini berada di paras yang tinggi.
Awan Sirrocumulus (Cc)
Lintasan putih, nipis, kepingan atau lapisan awan tanpa berlorek-lorek, mengandungi unsur-unsur yang sangat kecil berbentuk biji-bijian, riak-riak dan lain-lain lagi, mungkin terpisah atau tercantum dan lebih kurang tersusun. Kebanyakan unsur-unsur mempunyai kelebaran yang kurang dari 1 darjah.

Awan Sirrostratus (Cs)
Lutcahaya, awan keputih-putihan yang berserabut atau licin seperti sutera, menyelubungi sebahagian atau pun keseluruhan langit dan biasanya menghasilkan fenomena halo, yang bentuk bulatan mengelilingi matahari atau bulan pada waktu malam.

Awan Altocumulus (Ac)
Putih atau kelabu atau kedua-duanya sekali, tampungan, kepingan atau lapisan-lapisan dan biasanya berlorek-lorek, mengandungi komposisi jisim-jisim yang bulat, laminar dan lain-lain lagi yang mana sebahagiannya kadangkala berserabut atau terbaur dan mungkin kelihatan atau tidak; kebanyakan unsur-unsur kecil yang tersusun.

Awan Atlostratus (As)
Lapisan awan yang kekelabuan atau kebiru, berlapis-lapis, kelihatan berserabut, menyelubungi sebahagian atau keseluruhan awan, mempunyai bahagian-bahagian yang nipis yang membenarkan cahaya matahari menembusinya
.
Awan Nimbostratus (Ns)
Lapisan awan yang kelabu, biasanya gelap, kehadirannya membawa hujan yang berterusan (atau salji). Ia cukup tebal menyebabkan cahaya matahari terhalang dari menyinari muka bumi.
Ini boleh juga dikatakan "Pokok Hujan" keadaan tenang.

Awan Stratocumulus (Sc)
Kelabu atau keputih-putihan, atau kedua-duanya sekali, lintasan, kepingan atau lapisan awan yang mana sentiasa mempunyai bahagian-bahagian yang gelap, komposisinya terdiri daripada 'tessellations', jisim-jisim bulat dan lain-lain lagi yang tidak berserabut (kecuali bagi virga). Kebanyakan unsur-unsur kecil yang biasa terousun mempunyai kelebaran nampak lebih dari 5 darjah.

Awan Kumulus (Cu)
Bentuk luar yang tajam, mengembang menegak dalam bentuk menara, dom-dom atau mound yang naik ke atas, bahagian atasnya yang mengembang biasanya berbentuk bunga. Bahagian awan yang disinari matahari berada dalam keputihan melepak manakala tapakaya gelap dan mendatar. Awan-awan perolakan terasing yang kecil dipanggil sebagai "Kumulus cuaca sederhana".

Awan Kumulonimbus (Cb)
Awan yang berat dan tumpat, dengan pengembangan menegak yang tertentu dalam bentuk gunung atau menara yang besar. Sekurangkurangnya sebahagian daripada bahagian atasnya licin, atau berserabut, atau berlapis-lapis dan hampir sentiasa leper; bahagian ini biasanya tersebar dalam bentuk ladung yang besar atau 'anvil', menandakan awan kumulonimbus ini telah matang.

Di bawah tapak awan ini yang selalunya sangat gelap, selalunya terdapat awan rendah yang kasar, kadangkala kerpasan dalam bentuk virga. Awan Cumulonimbus biasanya mencapai aras yang sangat tinggi di kawasan tropika berbanding dengan tempat tempat lain, puncaknya boleh mencapai ke 36,000kaki. Ini adalah kerana di kawasan tropika suhu di aras pengewapan adalah lebih tinggi, oleh itu kandungan wap air juga adalah tinggi. Dengan yang demikian pengewapan akan membebaskan kuantiti haba pendam yang besar dan ribut petir yang kuat akan berlaku.

Awan Stratus (St)
Biasanya lapisan awan kelabu dengan tapak yang agak selanjar; biasanya membawa huian renyai-renyai, prisma ais atau biji-bijian salji. Apabila matahari bersinar melalui awan itu, bentuknya boleh dilihat. Ia tidak menghasilkan fenomena halo kecuali pada suhu yang sangat rendah. Kadangkala ia muncul dalam bentuk kelompok yang bercobak-cabik.

Demikianlah 10 genera awan secara umum bagi orang biasa mengetahui proses kejadiiannya. Sebagai seorang peramal cauca (weather forecastor), mereka perlu belajar dan melihat dan membeza antara satu awan dengan awan-awan lain dalam bentuk kod-kod tertentu bagi awan dalam menentukan genera atau jenis awan yang 10 kumpulan rupa-bentuk yang lebih khusus dan jenis mana yang signifikan akan berubah cuaca dalam waktu terdekat terutama di kawasan tropika dan dikaitkan dengan factor-faktor yang berkaitan terutama angin mendatang bagi merancangan ramalan cuaca untuk tempoh tertentu, lazimnya awan berkaitan dapat dengan cuaca yang boleh membawa hujan dan ribut petir terutama di kawasan tropika.